ASX Segambut dari RM115,000!

ASX CKDKENDERAAN genre SUV nampaknya menjadi pilihan ramai.

Rata-rata ramai yang tidak mahukan sebuah sedan atau hatchback sahaja dan kenderaan gayahidup (lifestyle vehicle) seperti SUV dan crossover mula mendapat perhatian.

SUV sering dikaitkan dengan kenderaan pacuan empat roda (4X4) sementara crossover pula ialah kenderaan dengan gaya lasak tetapi menggunakan platform kereta dan mempunyai pilhan pacuan dua roda atau AWD.

Secara ringkas, crossover lebih kepada gaya “offroad” dengan tempat pemanduan yang tinggi sementara SUV mempunyai kebolehan sebenar untuk meredah semak samun dan hutan belukar.

Antara crossover paling popular ialah Mitsubishi ASX, dan untuk tahun 2014, ASX kini dipasang di kilang milik Tan Chong Motor Assemblies di Segambut (kenapa Mitsubishi yang dulunya lebih rapat kepada Proton kini merujuk ke syarikat lain untuk memasang model ini bakal menjadi tanda tanya yang akan mengundang kepada sesi kedai kopi antara pakar-pakar automotif tempatan).

Mitsubishi ASX CKD ini ditawarkan dalam dua pilihan, pacuan dua roda (2WD) atau pacuan empat roda (4WD) dan dalam empat warna.

Paling menarik ialah harga ASX ini. Jika dulu semasa diperkenalkan dalam tahun 2010 ia berharga hampir RM140,000 dan hanya ada dalam versi 2WD, Mitsubishi ASX 2014 CKD ini ditawarkan pada harga RM114,743.50 untuk varian 2WD dan RM128,879.50 untuk 4WD (harga atas jalan tanpa insuran).

Kesemua ASX datang dengan jaminan lima tahun tanpa had jarak perjalanan.

ASX dipacu oleh enjin 2.0-litre MIVEC (baru boleh pasang pelekat MIVEC sebesar kuda di cermin hadapan) dengan kuasakuda 150PS dan tork pada 197Nm. Transmisi pula ialah dari jenis INVECS-III CVT dengan mod Sports.

Dari segi keselamatan, ia datang dengan tiga beg udara (dua beg udara depan dan satu beg udara lutut untuk pemandu), sistem ABS dan EBD. Untuk varian 4WD, tambahan Traction Control, Active Stability Control dan Hill Start Assist diberikan.

Alatan lain yang standard untuk 4WD ialah bumbung panoramic, paddle shifters, butang start/stop enjin dan tint tingkap keselamatan.

Untuk 300 pelanggan pertama yang mendaftar ASX mereka akan menerima bekas kulit istimewa.

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

3 thoughts on “ASX Segambut dari RM115,000!

  1. February 13, 2014, 11:50 am

    Semua specs nampak bagus dgn enjin yg power tp masih ragu2 dgn sistem transmisi CVT yg ada ‘rubber band’ tu. Saya pernah try Lancer Cedia sblm ni dan ‘rubber band’ efek tu mmg ada. INVECS III ni berjaya menyelesaikan masalah tu ke bang Hezeri?

  2. February 14, 2014, 9:27 am

    Rubberband effect cuma wujud pada transmisi CVT yang lama. INVECS III jauh lebih baik dari itu, cuma mungkin bunyinya sahaja tidak begitu menarik tapi ia hanya berlaku pada kelajuan yang sangat tinggi.

  3. February 18, 2014, 12:48 pm

    Dr segi kualiti dlman n kemasan buatan ada beza x? Selalu yg jd perseptif org ramai..bila ckd, kualiti dlman n kemasan pemasangan berkurang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>