Berita: Mercedes-Benz GLA 45 AMG – ini baru A-Class!

2105930817434771268

Ramai yang berkata kepada kami, kenapa model A-Class dari Mercedes-Benz nampak “kurang” Mercedes-Benz.

Jawapan yang paling tepat ialah Mercedes-Benz mahu menggunakan A-Class untuk menarik minat pembeli baru kepada jenama tersebut. Dalam erti kata lain, syarikat kenderaan tertua dunia itu mahukan “new buyer” dan bukan memberi fokus kepada “purist”, atau peminat sejati jenama tersebut.

Namun apa pun, A-Class masih berjaya kerana harga yang berdaya saing dan bentuk yang memberikan pilihan lain selain dari model popular Volkswagen Golf GTI.

Namun, versi crossover/SUV untuk A-Class nampak lebih “Mercedes-Benz”. Model GLA dibina di atas platform yang sama digunakan oleh model A-Class tetapi diberi sentuhan ala SUV.

20299480951650714323

Rekabentuknya nampak lebih Mercedes-Benz dan ia nampak lebih berprestij. Kini, model GLA 45 AMG turut dilancarkan dan kami sekarang berada di bandar pantai Malaga, Sepanyol untuk memandu uji model GLA dan model GLA 45 AMG tersebut.

Model GLA 45 AMG menggunakan enjin yang sama dengan enjin AMG A-Class, iaitu enjin 2.0-liter 4-silinder turbo dengan 360hp dan 450Nm, serta sistem pacuan semua roda (AWD) melalui transmisi 4MATIC klac berkembar AMG Speedshift DCT 7-kelajuan.

1494984557170312105

Pecutan 0-100 kmj ialah dalam 4.8 saat dan kelajuan maksima (dihadkan) ialah 250 kmj.

Model GLA 45 AMG lengkap dengan bodykit, roda aloi lebih besar, empat muncung ekzos dan bamper serta lubang-lubang angin yang lebih agresif dan garang.

Tunggu laporan pandu-uji kami dari Sepanyok kelak.

64765485877765361

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

Comments on “Berita: Mercedes-Benz GLA 45 AMG – ini baru A-Class!

  1. February 20, 2014, 8:01 am

    GiLA 45 OMG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>