Berita: Proton transmisi manual 6-kelajuan?

preve web 1

Laman web automotif terkemuka Paul Tan baru menaikkan berita mengenai model Proton dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Berita itu sebenarnya bukan khabar angin dan Proton sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk menggunakan transmisi tersebut.

Dua tahun lalu, penulis pernah memandu uji model Preve dengan enjin CFE dan transmisi manual 6-kelajuan. Pandu uji dilakukan untuk meminta pendapat dan padangan peribadi penulis akan enjin dan transmisi tersebut.

Transmisi yang dibekalkan oleh Getrag itu terasa lembut dan lancar sementara pedal klac selesa dan padat – tidak terlalu ringan seperti “overboosted”.

preve logo web

Preve manual versi sekarang menggunakan transmisi Getrag dengan 5-kelajuan, namun enjin turbo 1.6L CFE hanya didatangkan dengan transmisi CVT.

Transmisi manual masih tidak lagi popular di Malaysia dan kebanyakan syarikat kenderaan hanya memberikan pilihan transmisi manual untuk varian yang paling mampu milik. Contohnya, Toyota hanya memberikan pilihan manual untuk Vios gred J sahaja. Begitu juga dengan Nissan Almera dan banyak lagi model lain.

Transmisi manual hanya popular di pasaran di mana harga minyaknya dijual mengikut harga pasaran dunia. Contohnya pasaran United Kingdom di mana Proton berhasrat untuk kembali bersaing di sana selepas beberapa tahun enghilangkan diri kerana tiada model yang sesuai.

Apapun, kami mengharapkan agar Proton menawarkan transmisi manual 6-kelajuan untuk model berenjin CFE bagi memenuhi citarasa pengguna yang mahukan sesuatu yang lebih sporty.

cfe web

Mungkin tidak keterlaluan jika dicadangkan versi manual tidak diberikan spek yang paling rendah. Ia perlu diberikan spek R3 contohnya, agar menjadi lebih menarik untuk pelanggan.

Transmisi manual juga adalah pilihan yang lebih ekonomikal untuk MPV Exora yang kini cuma didatangkan dengan enjin CFE turbo dan transmisi CVT.

Exora CFE turbo dengan transmisi manual 6-kelajuan secara teorinya lebih berkuasa, lebih menjimatkan bahan api dan lebih sporti.

preve side web

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

3 thoughts on “Berita: Proton transmisi manual 6-kelajuan?

  1. February 17, 2014, 5:52 pm

    yes R3 please

  2. February 18, 2014, 12:45 pm

    Interesting..setuju ..kalau ada tag r3 maybe blh tarik perhatian lagi

  3. puterakupang84 says:
    February 18, 2014, 3:04 pm

    gempak habis klu Preve’ R3 6MT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>