Hero hibrid diesel 2-roda dari India!

HERO BERITA1

Hibrid dan diesel jarang sekali digandingkan bersama, apatah lagi dalam pakej motosikal dengan pacuan dua roda, dan dari India!

Hero Motor Corp, syarikat motosikal India yang mempunyai kolaborasi rapat dengan Hero untuk pengeluaran motosikal di India melancarkan skuter konsep ini kelmarin di pameran automotif di India.

Skuter konsep Hero RNT ini mempunyai enjin turbodiesel 150cc dengan badan skuter yang direka untuk ruangan kargo yang praktikal. Ia juga mempunyai generator elektrik untuk memacu motor elektrik bagi roda depan sementara lampu LED di depan boleh dibuka untuk digunakan sebagai lampu suluh.

RNT mempunyai tangki sebesar 5.7 liter, kelajuan maksima 71 kmsj dan ia seberat 136kg. Sayang sekali kadar penggunaan bahanapi tidak diberikan tetapi dengan enjin diesel, ia pasti memberikan jarak perjalanan yang paling kurang dua kali ganda lebih jauh dari enjin petrol.

Hero juga mempunyai cadangan untuk mengeluarkan motosikal hibrid petrol-elektrik tahun hadapan. Model yang menggunakan nama Leap itu mempunyai kelajuan hampir 100kmsj dan jarak perjalanan sejauh 340 km. Enjin pula ialah enjin petrol 124cc dengan motor elektrik 8kW.

Walaupun syarikat motosikal India berkolaborasi dengan pelbagai syarikat motosikal dunia yang lain (Hero dengan Honda sementara Bajaj bersama KTM dan juga Kawasaki), masing-masing aktif mengeluarkan produk sendiri dan semua aktif dalam mengeksport model-model tersebut. – hezerisamsuri.com

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

2 thoughts on “Hero hibrid diesel 2-roda dari India!

  1. February 10, 2014, 10:17 pm

    Comelnya sari protector itu. Harap dapat dikekalkan.

  2. February 26, 2017, 11:40 am

    None can doubt the vetricay of this article.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>