Kawasaki Bajaj Pulsar NS200 – bakal masuk Malaysia?

Bajaj-Pulsar-200ns-pulsar-2013-red

BAJAJ, salah satu jenama terbesar motosikal di India mula dikenali oleh pasaran antarabangsa selepas syarikat berkenaan melakukan kolaborasi bersama gergasi motosikal genre offroad dunia, KTM untuk model Duke 200.

Namun Bajaj turut mempunyai inisiatif untuk menghasilkan model mereka tersendiri dan antara yang menarik ialah model Pulsar NS 200.

Lebih unik lagi, Bajaj bekerjasama dengan Kawasaki pula dalam isu pemasaran motosikal dan tahun lalu, Bajaj dan Kawasaki berganding bahu melancarkan model Kawasaki Bajaj Pulsar NS 200 di Indonesia. Hasil gabungan tersebut melihat model 200cc Pulsar itu dijual oleh pengedar Kawasaki di Indonesia. Kawasaki Indonesia mendakwa model Pulsar NS 200 yang diimport dari India itu berbeza dari Bajaj Pulsar yang dijual di India. Antara penambah-baikan yang dilakukan termasuk kemasan yang lebih baik, cat yang lebih berkualti, penalaan suspensi dan pepemriksaan kualiti yang lebih ketat kerana dilakukan oleh Kawasaki sendiri di India.

Dalam erti kata yang lain, Kawasaki Indonesia seakan melakukan proses rebadging untuk memastikan mereka turut berada di dalam pasaran motosikal berkapasiti 200cc dengan julat harga lebih rendah.

Bajaj-Pulsar-200NS

Bajaj Pulsar NS 200 dijual dengan harga RM4,800 di India sementara Kawasaki Bajaj Pulsar NS 200 pula dijual dengan harga RM6,500 di Indonesia. Kawasaki Indonesia turut menjual model Ninja 250 di sana dengan harga RM14,700.

Sebagai perbandingan, Ninja 250 dijual dengan harga lebih kurang RM23,000. Terbukti Ninja 250 berada di kelas lain tetapi Pulsar NS 200 masih relevan di Malaysia. Kawasaki Malaysia memerlukan pengganti model popular enjin dua lejang mereka, ZX150 yang bakal mengalami kesukaran untuk melepasi tahap piawaian asap (emission) di masa hadapan.

13br200a_304reddrf2cg_c1

Untuk itu, sebuah model 200cc dengan enjin empat lejang dan mampu dijual dengan harga dibawah RM10,000 cukup sesuai untuk memastikan Kawasaki masih mempunyai wakil di dalam genre tersebut yang kini rata-rata di kuasai oleh model Yamaha FZ150.
Persoalannya, adakah Kawasaki Malaysia akan mengimport atau memasang model NS 200 itu di Malaysia? Dengan ledakan model-model baru oleh syarikat superbike nombor satu di Malaysia itu sejak tahun lalu hingga kini, kami rasakan ia bakal terjadi.

Pulsar NS 200 dipasarkan sebagai sebuah motor naked dengan tagline Urban Runner. Ia nampaknya lebih sesuai untuk tunggangan di sekitar bandar dan desas desus sudah kedengaran mengenai versi full fairing untuk NS 200 ini. Di bawah ialah spesifkasi motor Bajaj Pulsar NS 200. – hezerisamsuri.com

Spesifikasi

Enjin : 199.5cc SOHC 4 injap sejukan cecair silinder tunggal
Kuasa maksima : 23.5hp @ 9,500 rpm
Tork maksima : 8.3Nm @ 8,000 rpm
Transmisi : 5-kelajuan
Tangki bahanapi : 12 L
Berat : 145kg
Sistem gantungan : Fork teleskopik 37mm (depan); monoshock Nitrox dengan kanister piggy back (belakang)
Tayar tanpa tiub : 100/80-17 (depan); 130/80-17 (belakang)
Brek : Cakera 280mm petal dengan kaliper terapung (depan); cakera 230mm petal dengan kaliper terapung
Sistem penghidup : Tendang/elektrik
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

7 thoughts on “Kawasaki Bajaj Pulsar NS200 – bakal masuk Malaysia?

  1. February 10, 2014, 3:44 pm

    masuk Malaysia harga 15k… double triple naik…

    • February 12, 2014, 9:36 am

      ..patut kekalkan harga jualan di india tu.. huhu rm4.5k ja? mmg sgt lazat laa

  2. August 28, 2014, 1:12 pm

    kalo harganya atas rm12k, baik amek naza blade 250. lagi puas hati.

  3. February 2, 2016, 9:32 pm

    masuklah malaysia cepat skit oii

  4. June 23, 2016, 10:25 am

    sy skg mnetap di cambodia atas hal kerja..dan sudah memiliki 1 pulsar 200RC harga usd3500..engine lebih sedap dari yamaha fz atau R15..harap2 malaysia ada pembekal bajaj ni..cambodia pulsar setanding ktm..yamaha belakang skit..hahaha

  5. January 7, 2017, 9:56 pm

    bajaj pulsar rs200 semat…tapi keling paria macha nepal yg buat…pelik…knpa malaysia xleh buat

    • January 20, 2017, 8:53 pm

      sebab melayu lagi parah pada pariah tu. boleh rogol anak darah daging sendiri, manalah ada waktu nak pikir mcm mamat nepal yang ko ngata keling paria tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>