Modenas bakal keluar super kapchai?

Modenas

MODENAS sebenarnya menerima nasib yang lebih baik dari Proton.

Bila mana Proton selalu dikecam akibat prestasi yang hambar, Modenas pula mempunyai prestasi yang mungkin 10 kali ganda lebih hambar sehingga ramai terlupa akan kewujudannya.

Syarikat motosikal negara yang berpengkalan di Gurun mempunyai pusat kepakaran R&D yang baik dan mampu mengeluarkan model-model mereka sendiri. Namun begitu, di dalam dunia industri kapchai, pembinaan motor moped sebenarnya mudah.
Hampir kesemua komponen boleh dibeli dari luar dan kemudian disatukan untuk menjadi model sendiri. Malah, model yang lama masih lagi boleh ditukar kulit dan diberi jenama baru untuk menghasilkan model “baru”.

Untuk menjadi pemain yang serius, Modenas yang ditubuhkan sejak tahun 1996 perlu suatu injeksi teknologi. Terkini kami mendapat tahu Modenas sudah menghasilkan sebuah enjin 4-lejang mereka sendiri, hasil dari kolaborasi dengan sebuah universiti dari Eropah.

Enjin terbesar mampu mencapai sesaran maksima 200cc dan produk pertama Modenas yang akan menggunakan enjin itu ialah sebuah kapchai, tetapi dengan enjin yang direndahkan saiz ke 150cc. Suzuki sudah pun mempunyai produk yang sama dengan model Belang mereka, jadi Modenas perlu mencari produk genre yang sedikit berbeza agar model mereka lebih menarik perhatian pasaran.

Nama Modenas masih lagi kukuh dipasaran dan masih ramai rakyat yang sanggup membelinya. Sayangnya, kurangnya promosi baik di media massa ataupun di kedai-kedai motosikal menjadikan rakyat “terlupa” tentang jenama kita sendiri itu.

Mungkin tahun ini tahun untuk Modenas bangkit kembali dan dengan keadaan lalu lintas yang semakin sesak dan harga minyak yang bakal naik lagi, makin ramai yang akan kembali ke dunia dua roda.

Cadangan kami, “re-introduce” semula skuter Modenas Elegan dengan pakej yang lebih menarik.

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

Comments on “Modenas bakal keluar super kapchai?

  1. February 11, 2014, 1:03 pm

    kasi keluar SV ! haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>