Pakej menarik dari Suzuki untuk orang Kuantan dan Ipoh!

Suzuki Swift RR Tambun-19

SUZUKI Malaysia Automobile (SMA) menawarkan pelbagai tawaran dan pakej menarik untuk pengunjung karnival Suzuki Mega Roadshow mereka.

Roadshow pertama dilakukan pada pertengahan Januari lalu di Kuala Trengganu, kemudian di Sibu dan ikuti oleh Kota Bahru. Kini Suzuki Mega Roadshow akan singgah pula di Kuantan dan Ipoh dari 5 hingga 7 Februari.

Antara tawaran yang menarik yang terdapat di sana ialah rebate sebanyak RM15,000 untuk model Suzuki terpilih serta faedah pinjaman serendah 1.88 peratus untuk pembeli Suzuki Swift GL atau GLX (pinjaman dari MayBank atau RHB Islamic Bank sahaja). 500 pembeli pertama pula akan mendapat peluang untuk memenangi pakej pelancongan untuk berdua ke Jepun, sebuah TV LED 60-inci lengkap dengan set home theatre dan simpanan ASN/ASB sebanyak RM10,000 dan voucher membeli-belah Parkson bernilai RM5,000 (tertakluk pada syarat-syarat).

Antara model Suzuki yang bakal ada untuk dipandu uji ialah Suzuki Swift, Siwft Sport dan Kizashi Sport.

Penduduk Kuantan boleh mengunjungi mereka di East Coast Mall sementara penduduk Ipoh pula di AEON Kinta City.

Suzuki Swift RR Tambun-23

Suzuki Swift RR Tambun-20

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>