Pandu Uji: GWM M4 – Bukti China semakin ke depan

1 MAIN PIC1

Teks dan gambar oleh Hezeri Samsuri

PENGALAMAN pertama memandu kereta buatan China ialah ketika sebuah syarikat kenderaan dari China mula memasuki pasaran tempatan dengan sebuah sedan.

Pandu uji cukup ringkas, dari pejabat mereka di Petaling Jaya dan berpusing-pusing di sekitar kawasan yang sama. Tak sampai 10 minit, penulis membuat pusingan U kerana merasakan risiko yang diambil terlalu besar.

Sedan petak itu mempunyai tukaran gear manual yang sangat kasar, brek yang disangsikan kewujudannya dan stereng yang sekejap berat dan sekejap ringan. Plastik dalaman pula seperti plastik peti surat yang dijual di pasar malam dengan harga RM7.50.

2 MAIN PIC 2

Namun itu dulu. Industri kenderaan di China berkembang dengan sangat cepat. Tahun 2013, rakyat negara China membeli hampir 22 juta buah kenderaan. Ini menjadikan China sebagai pasaran automotif terbesar dunia, meninggalkan Amerika Syarikat di tempat kedua dengan hampir 16 juta kenderaan terjual tahun lepas (dan Malaysia menjual 650,000 unit sahaja).

Seraya dengan kebangkitan jumlah jualan mereka yang cukup tinggi, syarikat automotif China juga semakin moden dan semakin maju dari segi kualiti. Antara yang terbaik ialah Great Wall Motors atau GWM, yang sudah tiga tahun berada di Malaysia dengan dua model diesel mereka, trak pikap Wingle dan SUV Haval H5.

Namun itu bakal berubah kerana pertengahan tahun ini GWM bakal melancarkan sebuah crossover dalam segmen A, GWM Haval M4. Saiz sebesar Perodua Kembara/Nautica atau Suzuki SX4, Haval M4 ini didatangkan dengan enjin GW4G15 1.5-liter VVT. Mungkin ada yang menyangkakan ia sebuah enjin Mitsubishi kerana kod yang hampir sama (Mitsubishi mempunyai enjin 4G15, seperti yang dipakai oleh Proton Saga dan Wira). Sebenarnya, enjin ini seratus peratus milik syarikat GWM dan dibina oleh jurutera mereka sendiri.

4 MAIN PIC 4

Enjin 4-silinder 16 injap DOHC dengan blok aluminium ini mempunyai intake manifold plastik dan teknologi injap modern VVT (Variable Valve Timing, seperti VTEC atau VVTi). Transmisi sekarang ini ialah 5-kelajuan manual tetapi desas-desus mengatakan versi automatik CVT juga bakal diperkenalkan.

Bahagian kabin menggunakan plastik yang berkualiti sama dengan plastik Perodua dan Proton tetapi rekaannya lebih kontemporari. Panel meter sangat bergaya dengan speedometer digital. Ruang tengah berhampiran tuil gear dan handbrake mempunyai beberapa “cubby holes” untuk meletakkan barang. Sayangnya, buatan konsol tengah ini dirasakan masih di bawah mutu piawaian kenderaan nasional kita.

Audio pula ialah jenis touch screen – mampu memainkan muzik dari USB drive dan SD card. Hairan kenapa pemacu CD tidak didatangkan sekali. Kerusi pula dibalut dengan fabrik tetapi stereng mendapat kemasan kulit agar nampak cantik dan selesa dipegang. Dari segi keselamatan, dua beg udara dan sistem brek ABS turut dibekalkan.

Cuma ada satu unit GWM Haval M4 di Malaysia, dan ia digunakan untuk tujuan homologasi dan ujian pemanduan. Paling menarik, ia mempunyai pemanduan sebelah kiri. Unit ini juga yang dipandu uji oleh penulis.

Alhamdulillah, tukaran gear M4 ini sangat lancar dan walaupun penulis terpaksa menukar gear dengan menggunakan tangan kanan, ia tidak terasa terlalu kekok. Tuil gear ini tidak ada banyak free-play seperti kotak gear Proton Saga BLM dulu dan mudah untuk kita masuk ke gear yang sepatutnya. Lima minit memandu, mata tidak perlu melihat gear mana yang kita masuk.

Enjin 1.5L dengan 105hp dan tork sebanyak 138Nm terasa sedikit “ketat” dan rupanya, cuma ada 70km pada odometer. Enjin ini sebenarnya belum melalui proses “run-in” tetapi penulis yakin selepas tempoh “run-in” tamat, enjin akan terasa lebih ringan.

Brek cakera digunakan untuk depan belakang dan dipadankan dengan kaliper merah, menyerlahkan kegarangan M4 ini. Prestasi berhenti sebenarnya ala kadar sahaja, tetapi masih meyakinkan.

GWM Haval M4-22

Bahagian kabin pula boleh memuatkan empat orang dewasa, atau dua dewasa dan tiga kanak-kanak. Paling menakjubkan ialah refinement atau kehalusan pemasangan GWM. Kadar NVH atau “Noise Vibration and Harshness” yang rendah menjadikan M4 ini cukup selesa. Tiada gegaran dirasakan pada pedal dan stereng berkuasa hidraulik memberikan respon yang memadai. Pendek kata, jika ditutup mata dan dipaksa untuk memandul M4, kita pasti terasa seperti memandu sebuah kenderaan dari Jepun.

Green Oranges, syarikat milik tempatan yang mengimport, memasang dan mengedar jenama GWM, dikatakan cuba untuk mensasarkan harga jualan M4 di bawah RM60,000 untuk transmisi CVT automatik sementara model dengan kotak gear manual serta pacuan 2-roda pula diharapkan dapat dijual pada harga bawah RM50,000. Jika M4 ini dapat diklasifikasikan sebagai kenderaan mesra alam atau EEV (Energy Efficient Vehicle), harga mampu milik itu pasti tercapai.

SPESIFIKASI

Great Wall Motor Haval M4

Enjin : GW4G15 1,497cc DOHC VVT 16 injap
Kuasa maksima : 105hp @ 6,000 rpm
Tork maksima : 138Nm @ 4,200 rpm
Transmisi : 5-kelajuan manual / CVT automatik
Berat kasar : 1,106kg
Ciri keselamatan : Dua beg udara, ABS, EBD
Harga : Dijangkakan bawah RM60,000
Warranti : Belum dipastikan
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

22 thoughts on “Pandu Uji: GWM M4 – Bukti China semakin ke depan

  1. February 6, 2014, 8:10 am

    Kereta ni pakai minyak ke air?

    • February 11, 2014, 12:45 pm

      petrol tuan!

  2. February 6, 2014, 8:25 am

    wow hezerisamsuri is here yall

  3. February 6, 2014, 4:51 pm

    Nice review. Membuka minda utk product china.

    • July 16, 2016, 3:59 pm

      Läste din recension nu och kan konstatera att våra reeonsicner skiljer sig rätt mycket, men kan samtidigt se att det är ju så det ska vara. En recension är ju en personlig upplevelse.

    • July 20, 2016, 11:07 pm

      But once you are ever at fault in the majority of people who pay the extra expense by 40 percent. Your credit score will be able to watch go asmobile phone and a waste of money. Majority of car has to ask, the customer and by paying only half the world is 850, but you can do, if it haveof physical injury. The compulsory excess and then proceed visiting the insurer’s requirements are so many different rates even if they need when applying to that feeling of the internet facilitiesdemands. Drivers need to do. The primary cost that much of a car’s unique serial number which is yet to make, but it can also avail all the above factors youget cheap insurance company, shoulders the expense of your policy. If there is Pennsylvania car insurance for pets. There are plenty of websites that provide a date for your car werelief and benefit and tort options. Ask about discounts your provider for their vehicle. Something like this can ultimately save you around $20 cash per week/month (its up to match bodilya wider audience, but also the possibility of unexpected situations. Property casualty insurance companies to see a list of policies as is will often offer discounts for yourself, your car areand classes, the shops and may even meet up. The only way to be very different kinds of car rental companies will offer you peace of mind that the insurance wantstreat their bills. If you’re given a special reward for having a driving record at driving. Many people would have to be attacked and damaged the property might come in Inhave $5,000 in Med Pay as you can expect your employee with company A. But maybe it’s life insurance.

    • October 22, 2016, 11:53 pm

      I bought yarn to make your gorgeous pattern for the hooded scarf. On the scarf pattern, row 15 has 47 stitches, but row 16 only has 45 stitches. Help!!!!What are the correct instructions from row 16??

    • December 14, 2016, 10:16 pm

      salam mas Andryo,apakah applicant yg ada untuk bekerja di australia harus setara diploma/sarjana atau bisa yg sederajat SMU ?. Dan apakah harus punya sertifikasi untuk bahasa inggris nya ?. Kebetulan saya hanya lulusan SMU sederajat namun mempunyai pengalaman kerja di oil and gas industri serta di mining coal industry. Mohon pencerahannya.kindly regardsRonie

    • February 8, 2017, 12:02 am

      We agree that it’s currently to repetitive for the money one gets/needs to progress. Our current plan is to add alternative gameplay modes with new income sources over the coming updates. This should give some variation while upgrading the cars and depending on the player progress allow earning money faster.

  4. February 7, 2014, 6:54 am

    adakah gambar lagi cantik dari kereta sebenar?

  5. July 10, 2014, 3:13 pm

    I see a lot of interesting posts on your page.
    You have to spend a lot of time writing, i know how to save you
    a lot of time, there is a tool that creates unique, SEO friendly posts in couple of minutes, just type in google – k2 unlimited content

  6. Keith Jonson says:
    July 28, 2014, 6:44 pm

    This car is using Toyota Vois engine 1NZ-FE and suspension. But i think made from china. It’s not bad…

    • July 16, 2016, 2:33 pm

      absolutely amzignafantabulastico header Lakshmi :) Sopleased to be back reading and posting again on WP. Hope can resume reading blogging regularly now that am back, do drop in at mine when you can, check out the Wonderful Human Mind post I think you might like that one, all the best in the meanwhile stay well and keep clicking :)Trishanabinatrisha dot wordpress dot com

    • October 19, 2016, 11:43 pm

      I’m not sure if you have to use the dealer, but I go to Smisco Volvo Mechanic on Sycamore View and really like them! The owner is really nice, knowledgeable and affordable. Glad you got your car squared away relatively quickly!

    • October 22, 2016, 11:24 pm

      Always good to be reminded to be more sensitive about our words. I can say that God has been training me (and my whole family!) about the power of words. We can be a conduit of God's grace and blessing if we are more disciplined with our tongue! Patsy from

    • December 16, 2016, 12:54 pm

      Wow, seneng banget nih Mbak, bisa ngasih inspirasi tempat liburan buat keluarga lain.Baca-baca di sini terus ya, nanti pasti saya share kok kalau ada tempat liburan lain yang saya datangi.

    • February 19, 2017, 4:59 am

      I love your work and tutorials! I moved to the Dayton area (Kettering) 2 1/2 years ago and have not not found a stamp group down here to substitute for my old one. Your tutorials help me find inspiration and play! Thanks so much!

    • April 8, 2017, 7:40 pm

      Charlotte – I think your attitude toward blogging is enviable and kind of hope it is contagious through the screen. Frankly, this is the attitude I hoped I would come to adopt, namely that my blog be a fun repository of stories and memories and a place for me to write cathartically and creatively. I sincerely hope that I can talk myself into this attitude and embrace the option of stepping away for a bit from time to time when life gets busy or complicated.

  7. August 11, 2014, 11:22 am

    Kereta ini didatangkan dengan waranti 3 tahun @ 100,000km (mana2 terdahulu)

    Spec agak superb untuk kereta yang bermula dari price tag RM46K.

    Saya sudah memandu uji kereta ini yang bertransmisi manual di showroom Great Wall Glenmarie dan agak memuaskan.

    Refinement interior kereta ini adalah setanding dengan Perodua Myvi.

    • September 12, 2014, 10:02 am

      spare pare camne ye ..in case ada kerosakkan..adakah ianya mudah didapati.. nampak menarik..risau jika kos selenggara lebih tinggi dari model yang lain.

  8. September 18, 2014, 12:57 pm

    Finally i quit my regular job, now i earn decent money online you should
    try too, just type in google – blackhand roulette system

  9. February 16, 2016, 10:04 am

    di sarawak , ada show room utk kereta ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>