Pengganti Defender perlu lebih cantik

1LandRoverDefenderDC100Frankfurt2011

UMUM mengetahui Jaguar Land Rover (nama baru syarikat tersebut selepas penggabungan kedua jenama gergasi UK di bawah Tata India) akan menghentikan produksi model ikonik Land Rover Defender pada tahun 2015.

Ini bermakna, anda ada 10 bulan untuk membeli Defender CKD dan menjadi pemilik model offroad paling ikonik itu.

Hujung tahun lalu kami menemubual David Saddington, pengarah studio Land Rover yang turut berada di Pameran Motor Antarabangsa Tokyo 2013 (gambar).

Saddington Tokyo-1

Walaupun perbualan lebih berkisar kepada model terbaru Range Rover Sport yang mengunjurkan tempat duduk 5 + 2 (malah beliau juga sempat melukis gambar Range Rover Sport untuk kami), persoalan terhadap masa depan model Defender mencuri perhatian David.

“Antara masalah yang kami alami ialah bagaimana hendak menggantikan model yang menejadi ikon kepada dunia? Tapi dengan piawaian keselamatan perlanggaran dan asap (emission) yang semakin ketat, Defender yang ada sekarang tidak boleh lagi dijual selepas tahun 2015,” ujar beliau.

Jaguar Land Rover (JLD) sudahpun menghasilkan konsep prototaip pengganti Defender, iaitu konsep DC100 (Defender Concept 100). Dipertontonkan ke mata dunia semasa Frankfurt Motor Show tahun 2011, prototaip tersebut mendapat pelbagai reaksi dari media dan juga dari peminat setia Land Rover.

Rata-rata ia menarik berhatian ramai bukan pemilik atau peminat kenama tersebut tetapi bagi peminat Land Rover, ramai yang mengatakan DC100 lebih seusuai menjadi model baru dan bukan model pengganti Defender. David bagaimanapun menerangkan bentuk kotak seperti Defender akan mengalami kesukaran untuk lulus ujian perlanggaran.

“Rekabentuk kenderaan sekarang perlu menepati ujian perlanggaran NCAP, yang juga merangkumi ujian perlanggaran pejalan kaki. Untuk melepasi ujian tersebeut, bahagian depan kenderaan perlu mempunyai bamper yang lebih lembut untuk “menangkap dan menampan” pejalan kaki supaya ia naik ke atas dan menghempap hud enjin,” terang David.

“Hud pula perlu lembut dan mampu menyerap hentakan akibat berat pejalan kaki itu,” sambung beliau sambil menerangkan bahawa hud kereta sekarang perlu mempunyai ruang lega yang secukupnya antara besi hud dan enjin.

“Kerana itu, bahagian muncung depan kenderaan Eropah sekarang lebih mencuram,” kata David lagi.

Namun Saddington mengakui bentuk DC100 tidak begitu popular dikalangan peminat setia Land Rover. Ia terlalu moden, dan ia bukan sesuatu yang Lara Croft akan pandu, kata seorang penggemar Land Rover Defender dan dipersetujui oleh David.

Berita terbaru yang dipaparkan oleh World Car Fans (http://www.worldcarfans.com/114020869934/land-rover-says-next-gen-defender-will-have-to-wash-its) menyatakan bahawa JLD akan tetap dengan rekabentuk yang lebih praktikal dan selamat.

saddington

Menurut Gerry McGovern, pengarah rekabentuk Land Rover, model baru Defender bakal mempunyai bentuk yang lebih kontemporari dan “tidak akan kelihatan terlalu functional”.

“Defender baru tidak sesuai dengan tradisionalis Land Rover tetapi mereka terpaksa menerima hakikat bahawa Defender dahulu tidak akan sama dengan Defender 2015,” sambung Gerry.

land-rover-dc100-concept-1

DC100_GROUP_04

Beliau juga memeberitahu Defender baru tetap akan mempunyai tayar simpanannya di luar seperti model sekarang dan ia akan lebih ringan dan lebih aerodinamik.

Dalam ertikata lain, model Defender baru akan lebih ke arah konsep DC100 dan bukan kepada rekabentuk berpetak Defender sedia ada. Mungkin juga watak heroin Lara Croft akan menggunakan Defender lama untuk ekspedisi ganas beliau, dan model terbaru Defender ala DC100 untuk membawa beliau ke pasaraya atau ke Mydin. – hezerisamsuri.com

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>