Recall untuk model Prius

Toyota-Prius_Plug-in_Hybrid_2013_1280x960_wallpaper_03

UMW Toyota, pengedar rasmi jenama Toyota di Malaysia telah mengumumkan satu aktiviti recall untuk model Prius 1.8 liter yang dibuat dari tahun 2009 sehingga tahun 2013.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut, masalah dari software atau perisian yang mengawal komponen “boost converter” di dalam “inverter” yang akan menyebabkan pelbagai lampu amaran dinyalakan dan kenderaan akan masuk ke mod “selamat” atau “safe mode” yang secara automatik akanmengurangkan kuasa untuk menggerakan kenderaan.

Aktiviti recall ini akan memanggil kembali kesemua pemilik Prius yang terbabit dan perisian akan diprogram semula untuk unit ECU Motor Generator Control dan unit ECU Power Management Control.

Menurut Toyota Jepun, sebanyak 6,160 unit Prius 1.8L telah dijual di Malaysia dalam sela masa tersebut dan terbabit di dalam recall ini.

Aktiviti recall bukanlah sesuatu yang asing di dalam industri automotif dunia. Semakin canggih kenderaan itu, semakin besar kemungkinan sistem itu mengalami masalah dan ianya kadang kala hanya mampu dikesan selepas beberapa tahun.

Umum menganggap bahawa aktiviti recall ini menandakan syarikat automotif itu bertanggung-jawab di atas kesalahan mereka dan ia dilihat sebagai satu aktiviti positif.

Syarikat gergasi seperti BMW, Mercedes-Benz dan pelbagai lagi pernah mengadakan recall. Toyota dikatakan yang paling aktif membuat recall kerana sudah menjadi adat Toyota untuk mengurangkan semaksimum yang boleh akan risiko yang didedahkan kepada pengguna produk mereka.

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>