Video pertama kami sudah terbit!

VIDEO pertama Roda Pusing, saluran YouTube untuk portal hezerisamsuri.com kini sudah boleh ditonton.

Episod pertama yang menampilkan kereta Toyota Vios 1.5L TRD Sportivo dibintangi oleh Hezeri Samsuri sendiri dan Hisham Jahudi, serta diarahkan oleh Adam Lokman.

Menurut Hezeri, video Roda Pusing ini disasarkan kepada mereka yang berada di dalam pasaran untuk membeli kereta baru dan untuk mereka yang mahukan info automotif di dalam Bahasa Malaysia.

“Sasaran kami lebih kepada penonton umum. Oleh kerana itu, jalan cerita dan bahasa yang digunakan lebih bersahaja. Maklumat teknikal diterangkan dalam cara yang paling ringkas agar mereka yang kurang pengetahuan teknikal tidak akan merasa bosan,” ujar beliau.

Hezeri juga memberitahu bahasa video-video akan datang Roda Pusing akan lebih komprehensif dan akan mempunyai jalan cerita yang tersendiri.

“Ia tetap ualasan kenderaan, tetapi video akan datang Roda Pusing akan lebih menghiburkan dan lebih informatif dengan adegan-adegan pemanduan yang lebih agresif,” ujar beliau.

Beliau turun menambah bahawa penggambaran video pertama Roda Pusing yang kosnya ditaja oleh mereka sendiri ini dilakukan dalam masa satu hari sahaja.

Adam Lokman

Menurut Adam Lokman, “Video pertama ini lebih untuk menunjukkan keserasian antara penyampai dan skil sinematografi penerbit.”

Objektif Roda Pusing ialah untuk memartabatkan lagi bahan-bahan informasi di dalam Bahasa Malaysia di samping ingin memenuhi kekosongan informasi kenderaan untuk pasaran kenderaan tempatan.

Hezeri Samsuri sudah mula menerbitkan video ulasan kereta sejak beberapa tahun dahulu semasa tugasan beliau di New Sunday Times dan Berita Harian. Hezeri juga pernah mempunyai program TV automatifnya sendiri. Rancangan TV Revolusi Auto ditayangkan di saluran TVi milik RTM tahun lalu. Program 13 episod tersebut menampilkan lebih dari 40 buah model kereta dan dilakukan di litar Dato’ Sagor, Perak.

Hisham Jahudi

Hisham Jahudi pula pernah menghasilkan video-video web dibawah tajuk Living Cars. Seorang pemandu kereta lumba profesional, Hisham kini aktif menganjurkan kelas-kelas pemanduan kenderaan berprestasi tinggi. Beliau juga membantu dalam penganjuran konvoi untuk pelawat luar negara yang mahu melakukan ekspedisi bermotor di dalam negara.

Di bawah syarikatnya sendiri, MotoMassa, Hisham turut aktif dalam menganjurkan program. Antaranya ialah pameran motosikal yang julung kali dilakukan tahun lalu di Putra Word Trade Centre di bawah payung MASAAM (Motorcycle and Scooter Assemblers And Distributors Association of Malaysia).

Pengarah dan penerbit berpengalaman, Adam Lokman mempunyai pengalaman berlumba di luar negara dalam siri kereta formula bersama Alex Yoong suatu ketika dahulu. Masih giat memandu secara profesional dan penjadi pelatih kursus pemanduan defensif, Adam juga mengarah dan menerbitkan berpuluh-puluh iklan TV, drama, dokumentari dan filem. Dokumentari beliau “Becoming A King” pernah ditayangkan oleh National Geographic. Adam juga menghasilkan video klip lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Altimet dan Awi Rafael di mana Adam menunjukan kebolehan mengambil video dari udara (aerial filming) menggunakan helikopter kawalan jauh (remote control octo copter drone).

Episod pertama Roda Pusing boleh dilihat di pautan http://youtu.be/gO6Tl7G0b80 dan pada ikon di dalam portal hezerisamsuri.com ini.

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

6 thoughts on “Video pertama kami sudah terbit!

  1. February 11, 2014, 11:35 am

    TERRRBAAAIIIKKK!!! Nampak ada kekerasan sedikit disitu but as the video progresses the flow is almost natural. Very informative, membuatkan ku tetiba minat vios (for the duration of this video only la). I give you and your team 2 thumbs up. A few knicks and knacks which I’m sure will get better in coming videos.

    • February 11, 2014, 12:44 pm

      Terima kasih, we will definitely do a better one very soon. Terima kasih atas sokongan!

  2. Azhar Zainal Abidin says:
    February 11, 2014, 1:05 pm

    Cantik dan menarik!!!!

  3. February 11, 2014, 3:15 pm

    Terbaiklah bro, saya sokong industri blogging automotive negara

  4. February 11, 2014, 9:47 pm

    Syabas.. tapi brader2 macam kurang teruja aje. Yang terang mesej tersirat – kotak A ke B yang dimekap lebih sedikit dari generasi sebelumnya…..

  5. zul kgdusun says:
    February 12, 2014, 2:56 pm

    Cayalah bros… very informative.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>