Vol 1: Dilema Proton – Penat mengutuk, mari kita puji pula!

shamsul

Assalamualaikum dan selamat berjumpa.

Untuk isu pertama saya, mari kita tengok anak emas automotif kita, Proton.

Jangan sentap, ini nak cerita sikit pasal cara cara mengajar anak, bukan nak cerita yang Proton dah perfect. Masa anak-anak masih kecil kita tak boleh mengajar dengan merotan, nanti langsung dia tak nak belajar. Bila dah masuk sekolah rendah kita jangan pulak segan silu nak melibas rotan bila perlu.

Bila dah masuk sekolah menengah dah tak boleh rotan pulak sebab tak nak dia berjauhan dari kita, kena guna dorongan psikologi dan jadikan mereka kawan kita.

Saya rasa Proton ini, walaupun dah berusia 25 tahun, tapi jika diukur mengikut umur manusia Proton baru berumur dalam 13 atau 14 tahun. Proton baru mula sedar siapa mereka dan mula berjinak-jinak dengan idea mencari kepuasan melalui pencapaian. Kita nak terus menerus marahkan Proton tentang kualiti, mulut kita pun dah berbuih dan pengurusan Proton pun sudah jelak mendengar komplen pasal kualiti dan rasanya mereka pun dah sedar ini masalah kritikal.

Kalau tambahkan lagi pun tak jadi apa. Kita biarkan pengurusan Proton memikirkan cara macamana nak meningkatkan kualiti dan kita cari idea lain untuk mendorong Proton menjadi bertambah baik. Saya nak buat perbandingan dengan Korea, tapi kali ini kita tengok industri elektronik di Korea dan kita bandingkan dengan industri elektronik di Malaysia.

Kalau di bandingkan dengan Korea di tahun 1970 an dan 80an, Malaysia ni macam Thailand dan Korea tu macam Malaysia kerana Korea ada industri elektronik tempatan, dan kita tak ada. Sama seperti di Thailand sekarang dan industry automotifnya, ketika itu kita menjadi pilihan utama industri elektronik Jepun dan Amerika dan kita gah menjadi mengeksport TV, penyaman udara, alat elektronik dan microchip serta wafer silikon ke seluruh dunia.

Disebabkan Korea mempunyai industri elektronik tempatan dan melindunginya dengan rapi, ia tidak menjadi pengkalan pengeluaran untuk industri elektronik Jepun, sebaliknya mereka menghasilkan jenama sendiri yang dulunya menjadi bahan jenaka ataupun jenama third class.

Di tahun 1980an Lucky Goldstar dan Samsung jenama orang kampung, orang bandar hanya beli Sony, Toshiba dan Panasonic. Jenama Lucky Goldstar dari Korea mempunyai imej yang begitu teruk, mereka terpaksa menghentikan pengeluaran dan menukar jenama kepada LG. Samsung pula telah perlahan lahan menaiki tangga jenama sehinggalah menjadi pengeluar skrin tercanggih di dunia dan kini ia juga pengeluar telefon pintar terbesar di dunia.

Jenama Korea masih lagi dianggap kelas kedua oleh sesetengah pembeli tetapi dalam masa terdekat jenama Korea akan menjadi pilihan utama setaraf dengan produk dari Jepun.

Seperti syarikat elektronik korea, Proton perlu diberi satu wawasan global.

Sekarang mereka masih malu-malu untuk ke pentas dunia dan salah satu sebabnya ialah tahap kualiti mereka belum sampai ke tahap tertinggi. Saya ingin mencadangkan rakyat Malaysia supaya mendorong mereka kearah wawasan global.

Setiap kali kita berjumpa kawan yang bekerja dengan Proton kita tak perlu sangat kutuk pasal kualiti tapi bertanya bila lagi Proton nak eksport kereta ke seluruh dunia. Sudah tentu dalam benak hati mereka terasa malu sekiranya produk yang mereka hasilkan belum cukup baik untuk dunia. Biar dia malu sendiri dengan soalan/pujian makan dalam kita tu.

Kita tak perlu herdik mereka pasal kualiti lagi kerana mereka pun dah tahu, sebaliknya kita perlu tolak mereka ke persada dunia. Saya percaya cara positive reinforcement ini mampu meningkatkan keghairanan semua warga Proton untuk bangga dengan syarikat dan jenama mereka.

Jika kita berbuat begini, saya yakin dalam masa terdekat nanti semua warga Proton akan memikirkan bagaimana untuk menjadi pengeksport dan tidak terus malu dengan jenama mereka sendiri.

Jika mereka berkeinginan untuk mengekspot, sudah tentu mereka akan berusaha meningkatkan kualiti barulah mereka boleh bertanyakan kepada pihak pengurusan kenapa mereka masih belum mengeksport. Semangat bangga dengan jenama dan syarikat ini penting dan, pada pendapat saya, ianya cukup kemarau dalam jiwa kebanyakkan warga Proton.

Kalau cadangan saya ni tak menjadi dan lepas dua tahun Proton masih lengai kita sambung balik bantai Proton, boleh? – Shamsul Yunos

*Shamsul Yunos merupakan salah seorang penulis permotoran yang paling berpengalaman di dalam negara ini. Memulakan karier beliau bersama Malay Mail, dan kemudian menjadi News Editor untuk sisipan Cars Bikes and Trucks di The New Sunday Times (sebelum digantikan oleh Hezeri Samsuri) dan kini beliau menjadi penulis bebas atau freelancer di beberapa laman web (antaranya, http://funtasticko.net) dan menghasilkan skrip untuk production house. Beliau juga memberikan perkhidmatan copy writing kepada beberapa badan kerajaan dan swasta. Shamsul Yunos juga yang bertanggung-jawab memperkenalkan Hezeri Samsuri ke dunia penulisan permotoran, 15 tahun dahulu.

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

16 thoughts on “Vol 1: Dilema Proton – Penat mengutuk, mari kita puji pula!

  1. February 12, 2014, 3:18 pm

    Betul tu. Slogan Proton ‘daring to change’ tu dah hebat, cuma belum dijiwai sepenuhnya kot.

  2. February 12, 2014, 3:29 pm

    nice article sifu

  3. February 12, 2014, 4:45 pm

    well said .. and totally agreed ..

  4. February 12, 2014, 6:53 pm

    Saya setuju sangat pasal tip untuk menambahkan ghairah orang Proton untuk mengeksport. Bak kata JFK yang nak ke bulan, “we want to go to the mooon, not because it is easy but because of its hard “. Ia Seolah satu cabaran yg betul boleh bagi aura positif.

  5. February 12, 2014, 9:28 pm

    Moonshot Proton dah banyak kali gagal, dan tidak terlalu pelik kenapa. Ini semua soal hati. Kerajaan lepaskan sahaja Proton kepada pihak yang mahu buat bisnes. Biar market forces yang menentukan. Terima aje lah hakikat, kerajaan tak pandai berbisnes. Biar bisnes dijalankan oleh orang bisnes. Biar kejuruteraan dijalankan jurutera. Biar jualan dijalankan orang sales. Dato2 Tan Sri2 semua baik habiskan masa di surau aje mengisi sisa-sisa umur mengingat mati, bukan bercerita pasal horsepower, downtime, BOM kos, price elasticity bagai yang dia pun tak berapa paham apa.

  6. February 12, 2014, 9:41 pm

    patut di sekolahkan dahulu top/senior management proton sblum blasah budak2 ingineer nih..mereka ni muda2 dah tentu ada byk idea tp aku rasa byk terbantut oleh org2 ‘tua’ proton yg dah duduk dlm proton 10-20thn nih..mindset masih lama dan takut nk berubah

    • February 17, 2014, 1:00 am

      aku setuju, perkara macam ni memang berlaku dalam mana2 institusi di malaysia kita nih… orang2 lama susah sgt nak menerima idea2 baru…dgn alasan mereka ada pengalaman…Ya pengalaman mereka mmg x boleh dinafikan…tapi beri lah ruang untuk anak muda utk ekspresikan idea2 terkini… zaman mereka dah x sama dgn zaman sekarang…jangan ada generation gap… patut saling membantu…bukan menafi…

  7. February 13, 2014, 12:52 am

    sy suka rambut encik shamsul

  8. February 13, 2014, 8:43 am

    Proton memang dah tahu apa issue diorang…cuma sekarang ni nak exksport xdpat disebabkan kos pembuatan yg sangat tinggi..
    zaman dulu2 Proton jual di negara luar dgn kerugian…ataupun ngam2 balik modal je xde untung…dgn harapan nak mencipta nama di rantau orang terlebih dahulu…bila ord dh kenal baru la up harga utk dpat untung..
    skarang dah tak boleh buat macam tu sbb DRB nak untung….jadi, kena jual dgn harga lebih mahal…jadinya, harga Suprima akan jadi sama dengan Ford Focus di UK…. anda rasa berapa org yg akan beli Suprima kat UK nanti……suka atau tidak, itulah dilema Proton sekarang… Kualiti kereta dah banyak improved selepas Preve dulu….tapi issue kos alat/komponen kereta dari pembekal yg kekal mahal tu menjadi halangan paling besar….benda ni bermula dari zaman dulu2 lagi masa mula2 penubuhan Proton lagi

  9. shamsul yunos says:
    February 14, 2014, 12:29 pm

    Thanks for all your comments. Saya akan cuba kekalkan gaya rambut…

  10. February 16, 2014, 11:30 pm

    hyundai kia dulu sama taraf dgn proton….tgk skrang di mana mereka… no 4 pengeluar dunia based on jualan…. kenapa proton masih di tangkuk lama????

  11. February 17, 2014, 8:11 pm

    proton kena menguasai vendor2 melalui pegangan saham baru proton boleh maju kehadapan,vendor2 yg banyak buat spoil pada produk proton sebenarnya,mereka lebih mengejar quantity dari quality.

  12. February 18, 2014, 3:00 pm

    Mcm mn amik gmbaq mcm tu ek? Teleng kpl rsnya kalau nk amik manual..ke amik gmbaq ms kereta x bejalan?

    • February 18, 2014, 6:15 pm

      selfie peringkat ultimate

  13. Proton_Owner says:
    May 12, 2015, 2:34 pm

    Saya Suka BELI PROTON disebabkan ada PAKEJ yang Brand lain tak bleh bagi.

    1.Pakej paling utama…kita beli dan boleh mengutuk,hentam
    2. Kita juga boleh jadi mekanik mekanik hentam Service Advisor dkt pusat servis pasal enjin sebab diorang pun “blur” lebih dari customer

    3.Paling seronok kita juga boleh jd jurutera jika ada part tercabut.longgar kalu kereta bermasalah kalu beli proton.brand lain mana ada..(AYAT STANDARD PROTON: Mcm ni la kereta Proton Encik)

    4.Bahgian ni paling best bila beli proton kita diHALALKAN maki dan mencarut di laman web, pusat servis dan boleh salahkan segala masalah berkaitan automotif adalah salah Proton dari harga kereta…vendor proton malahan boleh menghentam staff proton dr pencipta pengurusan tertinggi sehinggalah tukang sapu sampah yang kerja di Proton.

    Mana ada pakej ni kalu beli kereta BRAND selain Proton..

    Sebab tu saya SUKA BELI PROTON rasa diri lebih hebat dari Mekanik Proton /Jurutera Proton mahupun pengurusan PROTON itu sendiri.

  14. June 1, 2015, 7:44 am

    Askum,,sy dh bw preve ad gaklah perubahan..xmcm iswara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>