BERITA: Camry dan Innova “baru” dari Toyota

INNOVA Car Angle

UMW Toyota telah melancarkan dua “update” terkini untuk model popular Innova dan Camry mereka.¬†Untuk model MPV Innova, kemaskini dilaku hanya untuk bahagian luaran sahaja. Ini termasuk gril depan baru yang lebih besar, kemasan krom dengan pemantul cahaya merah di antara kedua lampu belakang dan roda 15-inci baru dengan rekaan yang lebih elegan.

Untuk model 2.0G, tambahan aksesori seperti lampu kabus dan cermin sisi berkuasa dengan lampu penunjuk turut diberikan.

Rear Innova

Sayangnya bodykit untuk Innova serta sistem navigasi satelit masih lagi menjadi item optional. Untuk kenderaan seringkas Innova, sememangnya lebih banyak aksesori boleh dijadikan alatan standard, contohnya Traction Control, sistem navigasi satelit, pemain DVD dan skrin LCD tambahan di belakang serta banyak lagi.

Harga Innova bermula dari RM98,545.90 (model 2.0E manual) sehingga RM111,806.79 (model 2.0G automatik).

Camry X Front

Variasi Camry 2.0G X ini dilengkapi dengan kesemua peralatan pada model G sebelumnya, tetapi diberi tambahan seperti kerusi kulit warna coklat gelap, pelindung matahari untuk cermin sisi belakang (side sun shades), pelindung matahari berkuasa untuk cermin belakang (powered rear sunshade), sistem navigasi dengan kamera undur, rim aloi 17-inci warna perak gelap serta lampu depan dan belakang dengan kemasan gelap.

 

Camry X Interior

Harga untuk variasi terbaru ini ialah dari RM159,900 (harga atas jalan).

 

Untuk info lanjut atau untuk pandu uji, lhubungi UMW Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682) atau layari www.toyota.com.my

Camry X rear

 

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

Comments on “BERITA: Camry dan Innova “baru” dari Toyota

  1. March 25, 2014, 12:57 pm

    innova mungkin praktikal tp maaf rupanya tidak menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>