Berita: Civic Type-R perlu lebih dinamik, lebih relevan

1-14910346901421447512

DALAM dunia di mana semua mahukan sesuatu yang menjimatkan bahanapi, model-model berprestasi tinggi semakin kurang mendapat sambutan.

Sememangnya masih ramai yang meminatinya, tetapi jualan global kenderaan dalam genre tersebut makin menurun, dan untuk itu syarikat kenderaan terpaksa memastikan model-model tersebut relevan dengan citarasa sekarang.

Model Honda Civic Type R baru memang telah lama dinantikan sebaik sahaja model Civic dilancarkan.

Dengarnya, Honda hanya akan melancarkannya dalam tahun ini juga. Untuk memastikan ia relevan dengan kehendak global yang mementingkan penjimatan bahan bakar dan kadar asap yang lebih bersih, Honda akan menggunakan enjin 2.0-liter turbo yang akan menjana sekurang-skurangnya 208hp pada kedua roda hadapannya.

2-1149094532275169136

Model Type R sebelum ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana datang dalam model sedan 4 pintu. Type R baru hanya akan datang dalam varian hatchback 3 pintu dan ini mungkin akan menjadikannya kurang popular di Malaysia.

Tetapi, dengan tren Honda Malaysia yang menurunkan harga kebanyakan model-model terbaru mereka, mungkin Honda Malaysia mampu mengulangi kejayaan model hibrid CR-Z mereka untuk model Type R ini.

3-6460131802080816277

Penulis yang pernah menemu-ramah presiden Honda Jepun tidak lama dahulu mendapat tahu Honda mempunyai cita-cita besar untuk meluaskan pasaran mereka. Walaupun di Malaysia mereka ketinggalan di belakang Toyota dan Nissan, tahun 2014 akan melihat mereka memberikan cabaran yang lebih hebat kepada syarikat lain.

Contohnya, Honda City baru ini kemungkinan besar akan dijual dengan harga yang lebih mampu milik.

Kita nantikan bersama!

4-6460131802080816277 (1)

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>