Berita: Ferrari kembali ke turbo

1-140211_California_D3_4ant_sx_basso

Model terakhir yang menggunakan enjin turbo untuk Ferrari ialah model ikonik F40, yang cukup terkenal dengan pemanduan gaya agresif yang menyebabkan pemandu berpengalaman pun terasa kecut untuk memandunya.

Dengan boost yang tinggi, masalah turbo lag (kekurangan tenaga sebelum turbo menendang masuk) cukup sinonim dengan model F40.

Kini Ferrari kembali menggunakan enjin dengan pengecas turbo dan model “baru” pertama yang datang dengan enjin tersebut ialah model California T.

5-E67B4157

Enjin baru 3,855cc dengan susun atur V8 menghasilkan 560hp dan 755Nm membolehkan California T itu memecut dari 0 ke 100kmj dalam masa 3.6 saat. Penggunaan twin scroll turbo dan flat-lane crankshaft (teknologi hasil perlumbaan F1) menjadikan enjin ini tiada langsung masalah turbo lag.

California T juga menggunakan 15 peratus kurang bahan bakar berbanding dengan California enjin lama. Perlu diingatkan, enjin baru ini ialah 70hp lebih bertenaga dan kadar tork pula ialah 49 peratus lebih tinggi.

Bahagian luaran juga turut menerima perubahan dan California kini nampak lebih agresif.

Mungkin kali ini tiada lagi akan mengatakan anda membawa kereta isteri setiap kali anda keluar dengan California.

4-140211_California_Trequarti_Posteriore_basso

3-140211_CaliforniaLateraleAlto

2-140211_California_23355

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>