BERITA: Naza Kia perkenal Sportage pakej baru

New Sportage 2014 (1)

 

Naza Kia Malaysia baru memperkenalkan model Sportage dengan pakej terkini yang nampaknya lebih berbaloi.

Tidak begitu banyak perubahan kosmetik dilakukan, kecuali bamper depan dengan lampu kabus baru, gril yang sedikit berubah, lampu depan jenis projektor dengan DRL LED baru, antena jenis sirip dan roda aloi baru.

Bahagian kabin mempunyai lebih banyak item baru. Sistem stereng berkuasa menggunakan sistem Motor Driven Power Steering (MDPS) dengan fungsi Flex Steer yang memberikan pilihan tiga mod (selesa, normal dan sport) untuk tahap bantuan stereng berkuasanya, sama seperti stereng Optima K5.

Sistem audio ialah dari Infinity dengan tujuh pembesar suara dengan fungsi AUX, USB, iPOD, Bluetooth sub-woofer dan skrin TFT-LCD 4.2 inci.

Kia juga menambah-baik kualiti penebat bunyi untuk memastikan kabin Sportage ini lebih senyap dan selesa.

Perubahan terbesar ialah enjin NU 2.0 MPI dengan fungs DCVVT yang digunakan. Kuasa maksimum lebih rendah sebenarnya (152hp dan 191Nm) tetapi besar kemungkinan penggunaan bahan bakar lebih menjimatkan.

Kelengkapan keselamatan masih sama – enam beg udara, ABS, EBD, Downhill Brake Control, Hill-Start Assist Control, Cornering Brake Control dan Traction Control.

Harga Kia Sportage baru ini ialah RM138,888 (harga atas jalan) dan datang dengan 5 tahun waranti tanpa had perjalanan.

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>