BERITA: Suzuki Assemblers bawa masuk superbikes!

hayabusa_2013_1_d

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd, syarikat yang bertanggung jawab menjaga bahagian motosikal untuk Suzuki akan membawa masuk empat buah superbikes Suzuki pada pertengahan bulan ini.

Empat buat model tersebut ialah model ikonik Hayabusa GSX 1300R, model supersport GSX-1000R, model sport touring GSX 1250FA dan model dual purpose tourer V-Strom 1000.

Spesifikasi untuk pasaran Malaysia masih lagi belum diketahui tetapi di bawah ialah spesifikasi umum untuk keempat-empat model tersebut. Harga pula dijangkakan hampir dengan model-model CBU Kawasaki.

Desas-desus Suzuki akan memasarkan model-model superbike mereka sudah lama kedengaran tetapi tiada kepastian sehingga kini.

Mungkin projek CBU ini akan membuka lalulan untuk projek CKD mereka kerana Suzuki sememangnya mempunyai beberapa model yang sesuai dengan pasaran Malaysia. Contohnya ialah maxi scooter Burgman 200 atau Burgman 400, model street naked Inazuma 250, model GSR 750 dan model V-Strom 650.

Berita lanjut selepas pelancarannya.

Hayabusa-GSX1300R-2014-Released

Suzuki Hayabusa GSX 1300R
4-stroke 4-cylinder liquid cooled DOHC 1,340cc 6-speed 266kg (curb)

1-suzuki-gsx-r1000-3_600x0w

Suzuki GSX- R1000
4-stroke 4-cylinder liquid cooled DOHC 999cc 6-speed 203kg (curb)

1-suzukiGSX1250FA

GSX 1250 FA

4-stroke 4-cylinder liquid cooled DOHC 1,255cc 6-speed 257kg (curb)

1-V-STROM

V-Strom 1000
4-stroke V-twin liquid cooled DOHC 1,037cc 6-speed 228kg (curb)

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>