BERITA: Tan Chong lancar Nissan X-Gear baru

01 New X-GEAR Launch_Garnet Red_Front side

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sudah melancarkan model X-Gear terbaru, yang sebenarnya lebih kepada facelift dan bukan sepenuhnya baru.

Seperti X-Gear sebelum ini, ia ialah satu model yang diasaskan dari model Nissan Grand Livina tetapi dengan platform yang lebih pendek dan hanya mampu memuatkan lima orang penumpang.

Lebih cenderung sebagai sebuah model crossover dengan rekabentuk kit badan tambahan untuk menjadikan X-Gear nampak lebih “ganas”, ia sebenarnya tidak ada banyak perubahan teknikal selain dari talaan suspensi dan nisbah kotak gear kerana X-Gear lebih ringan.

Antara ciri-ciri menarik pada X-Gear baru ini ialah gril depan baru, kit badan baru, bamper depan baru, rim aloi baru, hud enjin dan fender tepi baru serta lampu depan baru. Lampu belakang dan bamper belakang juga baru dan nampak lebih agresif. Stereng baru kini datang dengan suis pengawal audio dan audio pula kini datang dengan ciri input AUX – masih lagi ketinggalan dari model-model Proton dan Perodua sebenarnya.

X-Gear mempunyai ruang but yang besar – 388 liter. Baringkan kerusi belakang dan ruang itu akan menadi 769 liter. Railing atas bumbung pula mampu membawa beban seberat 25 kg, sangat sesuai untuk basikal. Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan dua beg udara, sistem brek ABS, EBD dan BA. Tiada kawalan stabiliti diberikan. Enjin masih sama – 1.6 liter HRDE dengan blok aluminium, menghasilkan 105PS dan 150Nm. Transmisi ialah automatik 4-kelajuan dan stereng berkuasa elektrik tetap dikekalkan.

X-Gear lebih sesuai untuk mereka yang mahukan sebuah kenderaan Jepun dengan ruang but yang lebih besar. Sebenarnya, dari segi pemanduan, ia hampir sama dengan Grand Livina. Dari segi harga, Grand Livina dengan transmisi manual datang dengan harga  RM87,000.  Oleh kerana X-Gear ini ialah sebuah kenderaan lifesyle dan nampak lebih ranggi, harganya juga ranggi - RM89,800.  ETCM ada menyediakan pakej pembiayaan yang mampu menurunkan bayaran bulanan ke serendah RM599 sebulan (tertakluk kepada syarat). Anda juga mempunyai pilihan untuk menambah aksesori Impul kepada X-Gear ini. Di bawah ialah senarai harga aksesori tersebut.

  •  Spoiler belakang IMPUL – RM700
  • Rim aloi 17-inci IMPUL (termasuk centre cap dan injap udara) – RM4,500 untuk 4 unit
  • Tayar GoodYear Eagle F1 Directional – RM1,800 untuk 4 unit
  • Sistem suspensi sport IMPUL – RM2,800

 Seperti Grand Livina, ia datang dengan waranti 3-tahun atau 100,000km.

x gear 2 x gear 3 X gear tail

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>