Berita: Triton berwajah baru!

1-Triton VGT GS

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan model facelift trak pikap Triton mereka semalam.

Aktiviti facelift untuk Triton termasuk pakej terbaru Triton VGT GS yang datang dengan bamper dan gril depan baru, lampu depan ditukar ke jenis projektor, ruang kargo (cargo bed) pendek, bar sports hitam legap, tingkap belakang boleh buka dengan motor elektrik, sunroof dengan tingkap berkuasa, filem keselamatan gelap untuk tingkap, sistem pendingin hawa automatik, kerusi kulit dan meter RV serta skrin audio sesentuh bersaiz 6.1 inci dengan kamera undur.

Triton VGT GS juga dilengkapi dengan rim aloi 17 inci (variasi lain cuma mendapat rim aloi 16 inci) dan mempunyai tiga warna pilihan yang mantap – merah, putih pearl dan hitam Mica.

Harga variasi Triton VGT GS ialah RM107,809.60.

Triton variasi 2.5 AT, 2.5 MT dan 2.5 MT STD hanya mendapat bamper depan dan gril baru. Harga ialah RM95,247.80, RM90,377.80 dan RM82,185.70. Kesemua harga tersebut tidak termasuk insurans. Ia datang dengan pakej waranti 3 tahun/100,000km dan pakej penyelenggaraan Mitsubishi percuma selama dua tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mitsubishi-motors.com.my

5-Triton Facelift

4-CEO of MMM Mr. Oda participating in the Media Power Challenge

3-CEO of MMM Mr Tetsuya Oda and COO of MMM Mr. Tan Siow Chuan at Triton Facelift

2-VGT Dashboard

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

Comments on “Berita: Triton berwajah baru!

  1. March 7, 2014, 9:48 am

    kelihatan tidak segagah Ranger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>