Berita: Yamaha MT-09 CKD bakal muncul tahun ini?

2-2014-Yamaha-MT-09-EU-Deep-Armor-Studio-001

KAMI memang mengetahui cadangan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) yang akan memasang model-model naked MT07 dan MT09 di kilang mereka di Sungai Buloh.

Iklan di dalam Mudah.my (http://www.mudah.my/Yamaha+MT+09-25865161.htm) baru ini nampaknya menguatkan lagi desas-desus tersebut.

Iklan yang dimuat-naik olah Takong Sdn Bhd di Kuala Lumpur itu mendakwa model MT09 ini akan dilancarkan dalam bukan Mei ini dan harganya ialah RM56,000.

Tetapi ia turut mendakwa model ini ialah model CBU, bukan CKD.

Apapun, harga tersebut masih lagi menarik untuk sebuah model Jepun dengan sesaran 850cc dengan 3 silinder.

3-2014-yamaha-fz-09-09

Mungkin HLYM hanya mahu mencuba pasaran dengan harga introduksi tersebut sebelum memasang model tersebut di kilangnya sendiri.

Perlu diingatkan bahawa Yamaha masih lagi tiada hab pemasaran motosikal berkuasa tinggi di rantau Asean. Hanya Hong Leong yang mempunyai kepakaran dan teknologi untuk Yamaha di rantau tersebut dan ia masih lagi memasang model XJ6.

1-2014-Yamaha-MT-09-EU-Deep-Armor-Studio-002

Model MT09 datang dengan badan ala naked dan berkuasa 115hp dengan 87.5Nm. Ia lebih kepada model jalanan dan laporan tunggang uji media Eropah mengatakan ia adalah pencabar utama kepada model Street Triple oleh Triumph.

Apa pun, kami mengalu-alukan kedatangan MT09 ini!

Terima kasih kepada Durani dari BH Auto yang memberitahu kami mengenai iklan tersebut!

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

3 thoughts on “Berita: Yamaha MT-09 CKD bakal muncul tahun ini?

  1. March 5, 2014, 3:39 pm

    Droolsssss

  2. January 17, 2015, 6:03 pm

    Hi admin do you need unlimited articles for your page ?
    What if you could copy post from other websites, make it unique and
    publish on your website – i know the right tool for you, just search in google:

    Ziakdra’s article tool

  3. March 7, 2015, 2:49 am

    This article is very interesting, but is
    hard to find in google. I found it on 19 spot. You can reach google top10 easily
    using one useful wp plugin and increase targeted traffic many times.
    Just search in google for:
    Akalatoru’s Rank Plugin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>