Pandu Uji: Suzuki Swift 1.4 GLX VVT – Tidak semahal yang anda sangka
Teks dan gambar oleh Hezeri Samsuri
RAMAI yang menyangka Suzuki Swift versi terbaru ini diluar jangkauan.
Sebenarnya, Swift baru ini tidak terlalu beza dari segi harga dengan kenderaan buatan tempatan. Rekabentuk masih digarap mengikut stailing versi terdahulu, dan sekali imbas kita sudah tahu ini model Swift. Mungkin kerana bentuknya yang ikonik maka Suzuki tidak mahu lari terlalu jauh dari konsep asal.