Pandu Uji: Toyota Vios TRD Sportivo – Vios santai tapi bergaya

Vios

Teks dan gambar oleh Hezeri Samsuri

NAMA Vios cukup sinonim dengan masyarakat Asia. Mana tidaknya kerana Toyota Vios ialah Proton Saga untuk kebanyakan negara-negara Asia. Ia merupakan sedan paling mampu milik di dalam banyak pasaran tersebut.

Di negara kita, Vios mendapat status yang lebih tinggi kerana harganya yang sedikit premium. Ia juga merupakan produk Toyota, dan semua sedia maklum produk dari negara Jepun tersebut terkenal dengan ketahanan dan penggunaan bahan bakar yang rendah. Cukup popular hinggakan ia dinobat sebagai sedan paling popular di dalam negara sejak ia diperkenalkan (segmen bukan nasional). UMW Toyota memperkenalkan Vios generasi ketiga dua bulan yang lalu dan dari segi fizikal, nyata Vios terbaharu ini lebih dinamik. …………….continue reading

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

Pandu Uji: Nissan Almera Nismo – Opsyen prestasi untuk sedan praktikal

1 MAIN PIC

Teks dan gambar oleh Hezeri Samsuri

SEBUT Nissan Almera dan umum mengetahui ia sebuah sedan segmen B yang luas, menjimatkan petrol dan datang dengan harga mampu milik. Ciri-ciri ini menjadikan Almera antara sedan bukan nasional yang terlaris di pasaran tempatan. Almera juga menjadikan Nissan pemain kedua terbesar di dalam negara selepas Toyota, menyebabkan Honda jatuh ke tangga ketiga.

Sebagai sebuah sedan entry level, Almera datang dengan enjin 1.5L yang mempunyai fokus yang berat ke arah penjimatan minyak. Mungkin kerana itu kuasa kuda yang dihasilkan sebanyak 101hp dengan tork setinggi 139Nm tidak akan menggugat iman mana-mana pemandu agresif.

Namun Edaran Tan Chong Motors (ETCM), pengedar, pemasang dan pengimport jenama Nissan untuk Malaysia mahu memberikan pilihan kepada yang mahukan sebuah sedan yang sedikit sporti tetapi masih sesuai dijadikan kenderaan sedan untuk keluarga. …………….continue reading

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone

Pandu Uji: Volkswagen Polo GTI – Polo GTI ligat

Teks dan gambar oleh Eddie “Doyok” Syaziman

Polo GTI

Saiz kecil, berat 1,680kg, mampu memecut ke 100km/j dalam masa 6.9 saat dan laju maksimum 229km/j. Ini mungkin kedengaran seperti satu formula bencana tetapi sebenarnya tidak. Yang dimaksudkan adalah kemampuan dan sifat Volkswagen Polo GTI yang menjadikannya sebuah kereta yang mengujakan.

Sebelum pergi ke klimaks, kita mulakan dengan perlahan terlebih dahulu.  …………….continue reading

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone