BERITA: Camry dan Innova “baru” dari Toyota
UMW Toyota telah melancarkan dua “update” terkini untuk model popular Innova dan Camry mereka. Untuk model MPV Innova, kemaskini dilaku hanya untuk bahagian luaran sahaja. Ini termasuk gril depan baru yang lebih besar, kemasan krom dengan pemantul cahaya merah di antara kedua lampu belakang dan roda 15-inci baru dengan rekaan yang lebih elegan.