BERITA: Tan Chong lancar Nissan X-Gear baru
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sudah melancarkan model X-Gear terbaru, yang sebenarnya lebih kepada facelift dan bukan sepenuhnya baru.
Seperti X-Gear sebelum ini, ia ialah satu model yang diasaskan dari model Nissan Grand Livina tetapi dengan platform yang lebih pendek dan hanya mampu memuatkan lima orang penumpang.
Lebih cenderung sebagai sebuah model crossover dengan rekabentuk kit badan tambahan untuk menjadikan X-Gear nampak lebih “ganas”, ia sebenarnya tidak ada banyak perubahan teknikal selain dari talaan suspensi dan nisbah kotak gear kerana X-Gear lebih ringan.