Berita: Triton berwajah baru!
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan model facelift trak pikap Triton mereka semalam.
Aktiviti facelift untuk Triton termasuk pakej terbaru Triton VGT GS yang datang dengan bamper dan gril depan baru, lampu depan ditukar ke jenis projektor, ruang kargo (cargo bed) pendek, bar sports hitam legap, tingkap belakang boleh buka dengan motor elektrik, sunroof dengan tingkap berkuasa, filem keselamatan gelap untuk tingkap, sistem pendingin hawa automatik, kerusi kulit dan meter RV serta skrin audio sesentuh bersaiz 6.1 inci dengan kamera undur.