Pandu Uji: Nissan Almera Nismo – Opsyen prestasi untuk sedan praktikal

1 MAIN PIC

Teks dan gambar oleh Hezeri Samsuri

SEBUT Nissan Almera dan umum mengetahui ia sebuah sedan segmen B yang luas, menjimatkan petrol dan datang dengan harga mampu milik. Ciri-ciri ini menjadikan Almera antara sedan bukan nasional yang terlaris di pasaran tempatan. Almera juga menjadikan Nissan pemain kedua terbesar di dalam negara selepas Toyota, menyebabkan Honda jatuh ke tangga ketiga.

Sebagai sebuah sedan entry level, Almera datang dengan enjin 1.5L yang mempunyai fokus yang berat ke arah penjimatan minyak. Mungkin kerana itu kuasa kuda yang dihasilkan sebanyak 101hp dengan tork setinggi 139Nm tidak akan menggugat iman mana-mana pemandu agresif.

Namun Edaran Tan Chong Motors (ETCM), pengedar, pemasang dan pengimport jenama Nissan untuk Malaysia mahu memberikan pilihan kepada yang mahukan sebuah sedan yang sedikit sporti tetapi masih sesuai dijadikan kenderaan sedan untuk keluarga. …………….continue reading

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Pin on PinterestShare on LinkedInEmail this to someone